Isu ini sering diperkatakan. Renung-renungkan untuk kesejahteraan kita bersama. Isu ini juga merupakan isu hangat bagi tujuan penulisan karangan.
KES 1 : DERITA
KANAK-KANAK MANGSA
PEMERDAGANGAN
LINA (bukan nama sebenar) baru berumur lapan tahun. Pada usia tersebut, dia
sepatutnya menghabiskan masa di sekolah, bergaul bersama rakan-rakan sebaya,
bermain dan mengulang kaji pelajaran. Namun nasib Lina tidak seindah yang
dilalui kanak-kanak seusianya. Dia melalui hari-hari yang gelap sejak beberapa
bulan lepas setelah dijual bapanya sendiri kepada pihak ketiga yang kemudian
memperdagangkan dirinya untuk tujuan seks.
Setiap hari, Lina yang berasal dari sebuah kawasan di Selangor, dipaksa
bekerja dengan memberi perkhidmatan seks kepada lelaki yang boleh dipanggil
abang, bapa atau datuk kepadanya. Dia, yang dikawal oleh lelaki yang dipanggil
‘uncle’, tidak mengerti dengan apa yang sedang dilaluinya dan kenapa
diperlakukan sebegitu apatah lagi untuk memahami akan haknya sebagai seorang
kanak-kanak.
Mungkin ramai yang tidak sedar, kes sebegini berlaku dalam masyarakat kita.
Realitinya, kisah Lina hanyalah secubit kisah daripada kehidupan sebenar
kanak-kanak yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Jika kita beranggapan,
isu pemerdagangan kanak-kanak hanya berlaku di negara seperti Thailand,
Filipina, Vietnam dan Kemboja, ia adalah silap kerana sebenarnya jenayah
tersebut turut berlaku dengan meluas di negara ini.
Koordinator Tenaganita, Aegile Fernandez dalam temubual sebelum ini
menyatakan ramai kanak-kanak Malaysia yang menjadi mangsa kes seumpama telah
diselamatkan dari negara seperti Kanada, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat.
Malaysia kini bukan sahaja dijadikan sebagai negara transit malahan mengeksport
dan terlibat dengan negara destinasi untuk aktiviti pemerdagangan.
Menurut statistik, antara Februari 2008 hingga October 2010, sebanyak 118
kes pemerdagangan kanak-kanak dilaporkan di Malaysia dan sebanyak 1,843 kes
dilaporkan dalam tempoh yang sama di sekitar negara Asia.
Kenapa kanak-kanak?
Kanak-kanak didefinasikan oleh undang-undang dunia (International Laws)
sebagai mereka yang berumur bawah 18 tahun. Sama ada bayi sehingga yang berumur
18 tahun, kanak-kanak boleh menjadi mangsa aktiviti jenayah pemerdagangan
manusia yang bergantung kepada bentuk ekploitasi yang dikehendaki. Contohnya,
remaja kebiasaannya digunakan untuk pelacuran atau ekploitasi seks, kanak-kanak
bawah 10 tahun digunakan untuk meminta sedekah, manakala bayi dijual terutama
kepada keluarga yang tidak mempunyai anak.
Pertubuhan Buruh Antarangsa (ILO) menganggarkan RM48 billion setahun
diperoleh daripada sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang menjadikan
jenayah penyeludupan manusia adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas
penyeludupan dadah dan senjata api.
Kira-kira 2.7 juta orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbabit
dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia setiap tahun dan jenayah
melangkaui sempadan yang berlaku di merata negara di dunia ini diangkat menjadi
isu global yang ditangani secara serius di peringkat antarabangsa termasuk
Malaysia.
Keadaan fizikal dan pemikiran yang belum matang menyebabkan kanak-kanak
lebih mudah dieksploitasi berbanding lelaki dan wanita dewasa.
Pengutip Dana dan Pakar Advokasi Yayasan Chow Kit, Dr. Hartini Zainudin
berkata, kadang kala di kalangan kanak-kanak yang meningkat dewasa mengetahui
mereka dieksploitasi untuk memberi khidmat seks namun mereka tidak mengetahui
atau menyedari tahap penganiayaan yang diperlakukan atau kesan fizikal dan
mental.
Beliau yang berpengalaman luas berhubung isu pemerdagangan kanak-kanak
terutama di Chow Kit berkata, banyak faktor yang mendorong kanak-kanak mudah
terjerat hingga bersetuju untuk dibawa pergi dari satu tempat ke satu tempat
tanpa mengetahui yang mereka akan dieksploitasi.
Ada sebahagian mereka percaya dijanjikan pekerjaan seperti di hotel dan
spa, berkahwin dan dapat hidup lebih bahagia. Namun ada juga dijual keluarga
sendiri dan diculik oleh sindiket untuk dijual.
“Sekarang memang penjualan bayi yang kita nampak menonjol. Mereka yang
tidak punya anak biasanya akan membeli bayi itu tanpa diketahui latar belakang
mereka. Menjadi satu kebimbangan jika perkara ini tidak dibendung kerana mereka
yang mampu boleh membelinya. Perkara ini akan berterusan kerana cuba kita lihat
berapa ramai yang mengandung anak luar nikah, wanita yang tidak mempunyai
dokumen diri, wanita yang tidak diketahui warganegaranya yang menyebabkan
mereka tidak tahu di mana harus diletakkan bayi tersebut, jadi jalan paling
mudah adalah dengan menjualnya,” katanya.
Keadaan menjadi lebih sukar sekiranya bayi tersebut tidak mempunyai
dokumen, kerana tidak diketahui asal-usul. Namun yang menjadi fokusnya kini
ialah kanak-kanak yang diperdagangkan untuk komersial antaranya dijadikan
pelacur, peminta sedekah, mahupun keldai dadah dan aktiviti jenayah lain.
Sumber: Utusan Malaysia, 17 Mei 2011
KES 2 : WANITA
MANGSA EKSPLOITASI PENGEDARAN
DADAH
INILAH
gadis-gadis Malaysia yang pernah ditahan di luar negara akibat diperdaya
menjadi keldai dadah.
|
ISU penyeludupan dadah bagaikan tiada penghujungnya. Lebih malang, sudah
ramai wanita tempatan diperdaya, kebanyakannya oleh kekasih warga Afrika mereka
di Malaysia, untuk menyeludup dadah ke luar negara. Setiausaha Kerja
Penyelidikan dan Pemantauan Program, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia
(Pemadam), Zuriah Abu Bakar, 48, berkata pendapatan berniaga dadah memang
lumayan. Sekilogram dadah boleh memberi pulangan sehingga RM1.8 juta kepada
pengedarnya.
“Dengan wang sebanyak itu, manusia boleh hilang pertimbangan dan sanggup menjadi keldai dadah,” bicaranya sambil mendedahkan kebanyakan keldai dadah tahu mereka sedang digunakan.
Australia, China, Brazil, Peru, Argentina dan Jepun ialah antara destinasi penyeludupan dadah yang sering dikaitkan dengan gadis rakyat Malaysia.
Kaedah
Bagaimanapun, Zuriah mengakui masih ramai wanita tempatan diperdaya oleh warga asing untuk melakukan kerja kotor itu. Terdapat lebih 100 orang wanita Malaysia telah ditahan di luar negara gara-gara menjadi keldai dadah setakat ini.
“Perkara yang membimbangkan adalah hanya satu daripada sepuluh kes rakyat kita ditangkap di luar negara benar-benar diperdaya. Selebihnya mereka sedar, tahu dan mengakui tindakan mereka menyeludup dadah ke negara asing,” ulasnya.
Menurut Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), sebuah badan bebas pemantauan kuasa undang-undang, semakin ramai wanita muda di Asia menjadi mangsa sindiket berkenaan. Berdasarkan statistik tersebut, pengedar dadah kini giat menggunakan laman web sosial untuk menarik perhatian wanita di Asia Tenggara untuk bekerja sebagai keldai dadah di negara-negara di timur dan Asia Tenggara.
Kuasa yang dimiliki oleh bahan kimia yang asalnya bertujuan merawat kesakitan itu bagaimanapun mampu mengubah individu menjadi tamak. Oleh hal itulah, dadah kini disembunyikan di dalam kasut, pakaian, beg, barangan kraf tangan, alatan elektronik dan kenderaan.
Ini termasuk kaedah mencairkan dadah dalam rebusan air sebelum dicelupkan pakaian dan dibiarkan hingga kering. Menurut Zuriah, apabila individu yang membawa dadah dalam bentuk terlarut pada fabrik tiba di destinasi yang disasarkan, pakaian tersebut akan diproses menggunakan aplikasi penyulingan untuk mengumpulkan kembali kandungan dadah yang melekat pada fabrik berkenaan.
Telan
“Buktinya, seorang gadis warganegara Filipina sebelum ini pernah ditangkap ketika cuba menyeludup dadah ke Malaysia dengan cara mencelupkan pakaian dan tuala ke dalam cecair sebatian dadah sebelum datang ke negara ini,” jelasnya.
Malah, demi wang, keldai dadah sanggup mengorbankan diri sendiri asalkan bahan itu berjaya diseludup.
"Selain melekatkan pek dadah di badan, contohnya untuk menampakkan seseorang wanita sedang mengandung, dadah juga dilekatkan pada anggota tubuh lain seperti punggung dan belakang sehingga individu berkenaan kelihatan berbadan gempal. Mereka juga rela menelan dadah yang berupaya membunuh diri mereka sendiri sekiranya pembalut dadah berkenaan pecah di dalam usus,” ujar Zuriah.
Beliau memberi contoh kes seorang gadis berasal dari Pulau Pangkor, Perak yang menelan 25 pek dadah yang telah disumbat ke dalam kondom tetapi dapat dikesan pihak berkuasa Australia. Jelas Zuriah lagi, sehingga bulan September tahun lalu seramai 1,597 rakyat Malaysia ditahan di negara luar dan kebanyakan mereka disabitkan kesalahan menyeludup dadah.
Daripada jumlah tersebut, seramai 150 orang yang ditangkap adalah wanita iaitu 62 wanita Melayu, 58 Cina dan 28 India. Statistik yang dikumpulkan oleh Pemadam turut mendapati seramai 127 orang wanita Malaysia ditahan di 37 negara sehingga tahun 2007. Dari segi taraf pendidikan, individu yang ditangkap terlibat dengan penyeludupan dadah kebanyakannya berpendidikan tinggi.
“Selalunya wanita yang terjerat adalah berilmu dan memiliki kelulusan tinggi seperti diploma dan ijazah. Mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah. Namun, ahli sindiket dadah sering menyasarkan wanita yang personalitinya pendiam, menikus dan pasif untuk dijadikan keldai dadah,” katanya.
Nasihat Zuriah, teman baik mungkin menjadi musuh seseorang dan tidak mustahil ia mampu mengheret ke kancah penderitaan seumur hidup.
“Apabila kita terlalu rapat dengan seseorang, segala kebaikan dan kelemahan kita diteliti dengan sempurna dan ini dijadikan senjata untuk menikam semula kita dari belakang,” katanya.
Selain itu, usul Zuriah, ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan anak-anak.
“Komunikasi adalah perisai utama untuk mengukuhkan struktur kekeluargaan. Jika kita ditawarkan pekerjaan di luar negara seharusnya perlu dimaklumkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga terlebih dahulu,” nasihat Zuriah.
Sumber: Kosmo, 27 April 2011

Definisi Mengikut Perundangan Jenayah Pemerdagangan
Orang
Negara Sumber
Negara di mana orang yang didagangkan itu berasal. Ia menjadi tumpuan
sindiket untuk mencari individu atau kumpulan manusia yang akan menjadi mangsa
mereka.
Negara Destinasi
Negara penerima atau Negara yang dituju oleh sindiket untuk membawa mangsa
mereka.
Negara Transit
Negara yang digunakan sebagai laluan oleh sindiket untuk membawa mangsa
mereka sebelum tiba ke negara destinasi. Ia sama ada menggunakan jalan
darat,
laut mahupun udara