LATIHAN PENGUKUHAN

Latihan:- 

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

       Pada kelazimannya, istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang dikaitkan dengan sesebuah negara. Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan biasanya ialah bahasa setempat atau bahasa peribumi. Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara. 

              Dalam hal ini, seperti kebanyakan negara, Malaysia memiliki hanya satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik yang paling besar dan atas kemampuannya sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat selama beberapa abad di rantau ini. Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Walau bagaimanapun, akibat penjajahan Barat, perpaduan rakyat di negara kita mulai tergugat. Tindakan onar penjajah itu meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyulitkan kita untuk menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.

            Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan Negara. Atas kesedaran itulah, bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini. Di samping itu,bahasa kebangsaan juga dapat memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam negara kita. Sehubungan dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat. 

         Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat, komunikasi yang berkesan dapat dizahirkan. Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat mudah memahami antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan. Sesungguhnya bahasa kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat, tetapi sebenarnya ialah maruah negara dan maruah rakyat negara kita. Dalam konteks ini martabat dan nama baik bahasa Melayu perlu dijaga. Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas, yakni di atas mana-mana bahasa lain di negara kita selaras dengan cogan kata bahasa jiwa bangsa.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kepentingan Satu Bahasa Kebangsaan’
oleh Teo Kok Seong,
Pelita Bahasa, Oktober 2009)

Latihan Pemahaman : 

Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata padu dan abadi. 
[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Nyatakan faktor-faktor tersebut. 
[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak media dapat menggalakkan rakyat menggunakan bahasa kebangsaan?
Jelaskan dua cara. 
[4 markah]




Soalan 2(b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.



PROF. PETER : Zaman, kamu sudah melampau. Kalau kamu tidak menghormati aku, tidak apa. Tetapi kalau hak aku kamu rampas aku akan bertindak!




ZAMAN : Aku menghormatimu sebagai pensyarah dan profesor. Tapi kalau hak kami kamu hendak rampas dan cabuli, aku tidak akan berfikir dua kali, Profesor. Dan engkau tidak ada hak di sini!




PROF. PETER : Aku rakyat di sini. Aku juga ada hak di sini!



ZAMAN : Rakyat negeri ini? Kerakyatan yang kamu dapat dengan tipu helah? Kaudatang untuk memecah belahkan kami, bukan untuk menguatkan perpaduan kami. Engkaulah Profesor yang berbulu ayam. Apakah ini intelektual yang patut mengajar kami?

MAK JAH : Sudahlah, nak. Sekarang apa yang tuan mahu?

PROF. PETER : Mak Jah, aku sudah katakana tadi, aku mahu mengambil adikku. Aku mahu dia hidup dalam keluargaku…(menerkam ke arah CEMPAKA, tetapi CEMPAKA lari ke arah ZAMAN).

CEMPAKA : Jangan, aku bukan adikkau. Engkau Orang Putih gila.

ZAMAN : Engkau jangan sentuh dia, Peter!

                                                                                                     
                                                                   (Dipetik daripada
                                                   Drama ‘Cempaka Berdarah’
                                                         Oleh A.Rahim Abdullah
                                               Dalam antologi Harga Remaja    
                                                Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah tujuan Profesor Peter datang berrjumpa dengan Mak Jah?
[2 markah]

(ii) Andaikan anda Zaman, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda ambil untuk menyelamatkan Cempaka?                                                                                                          
[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan drama. 
[4 markah]


Soalan 2( c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Setelah sudah santap maka Inderaputera pun makan sirih dan berkatalah Inderaputera, “Hai saudarku, manakah gemala hikmat itu?” Maka sahut tuan puteri itu, “Hai kakanda, ambillah gemala hikmat itu oleh kakanda! Adapun pergunanya hikmat itu terlalu banyak. Adapun jikalau saudaraku hendak buat negeri, maka citalah nenek hamba Dewa Langkurba yang di dalam laut supaya jadi suatu negeri dengan alatnya takhta kerajaannya dan segala hulubalangnya dan rakyatnya sekalian itu dan biti-biti perwara dan serta jin, peri, dewa, dan mambang lengkaplah dengan senjatanya. Adapun hulubalangnya ada dua orang,
seorang bernama Dikar Kilat dan seorang Dikar Agus dan Dikar Kilat jikalau saudaraku hendak menyuruh kepada suatu negeri atau ke dalam laut, maka dengan seketika itu juga ia pergi datang. Adapun Dikar Agus itu jikalau saudaraku hendak menyuruhkan menurunkan hujan atau angin atau api nescaya dapat olehnya. Demikianlah gunanya gemala hikmat itu. Adapun jikalau lain daripada saudaraku nescaya tidaklah hamba berikan.” Maka kata Inderaputera,”Wahai adinda, sungguhlah tuan kasih kepada kakanda dan apalah kakanda hendak balaskan kasih adinda itu kandalah yang menanggung kasih adinda!’

  (Dipetik daripada
‘Hikayat Dua Geliga Hikmat’
Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud setelah sudah santap.
[2 markah]

(ii) Apakah keistimewaan-keistimewaan gemala hikmat yang
 menyebabkan Inderaputera ingin memilikinya?
[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Inderaputera, apakah yang akan anda lakukan untuk membalas jasa tuan puteri yang telah memberikan gemala hikmat itu? Berikan dua cadangan. 
[3 markah]


Soalan 2(d) – Pantun
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN ENAM KERAT

Md.Ali Bachik (ILADAM) – Penyelenggara

Rangkap 1 Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Rangkap 2 Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Rangkap 3 Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003
Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka.


(i) Berikan maksud rangkap kedua pantun terrsebut.
[2 markah]

(ii) Rangkap pertama pantun menggambarkan perasaan kecewa yang cuba disembunyikan oleh seseorang.
Pada pendapat anda, wajarkah kita bersikap demikian?
Jelaskan dua alasan anda.
[4 markah]

(iii) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut.
[3 markah]



Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]

Jawab Semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Cepumas
(ii) Halaju
(iii) Jejantas
(iv) Jenama
(v) Pawagam
(vi) Purata                                                             
[6 markah]



(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca daripada kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat. 
[6 markah]


(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan . Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Industri perfileman yang semakin pesat dan canggih telah mempengaruhi perkembangan sahsiah anak-anak. Keprihatinan ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal anak-anak agar tidak mempengaruhi watak wira dan wira wati dalam filem. Dalam hal ini, mereka perlu memastikan anak-anak tidak dibawa-bawa dengan watak tersebut dalam kehidupan sehingga menjejaskan prestasi akademik. 

[6 markah]


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Album yang baru diterbitkan itu mengandungi koleksi lagu-lagu lama yang berkuantiti dan diminati oleh orang ramai.

(ii) Para pelajar perlu menyiapkan kerja khusus Sejarah dalam tempoh yang telah guru mereka siapkan.

(iii) Istana yang terpaling indah itu ialah tempat sultan tinggal.

[6 markah]


(e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Pasangan yang sepadan

(ii) Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.

(iii) Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asalnya.

[6 markah]




Soalan 4 : Novel



( 15 markah )


Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel 

berikut:


(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof


(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah



(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah



(iv) Renyah karya Gunawan mahmood



(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain



(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir



(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah



(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan



(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca. 

(7 markah)


(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan
persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. 
(8 markah)




Membina karangan yang matang.
1. Menganalisis soalan.

a)      Kata Kunci              :
b)      Skop Soalan           :
c)       Kehendak Soalan    :
d)      Jenis Karangan       :
e)      Dimensi Soalan       :


2. Membina perenggan pendahuluan.


Ayat 1
Ayat penyataan tema :
Akhir-akhir ini,
Kebelakangan ini,
Sejak kebelakangan ini,
Mayapada,
Marcapada,
Dalam mengejar era modenisasi,


Ayat 2



Definisi tema :
Dari segi konsepsinya,







Ayat 3

Ayat rangsangan :
Bina dari soalan mengapa , siapa, bagaimana.









Ayat 4
Ayat contoh :
Menurut  (tokoh dan sebagainya)









Ayat 5

Ayat arah soalan :
Oleh itu, terdapat pelbagai
Sebenarnya terdapat pelbagai,
Jadi,












8. Membina perenggan penutup.

Ayat1
Ayat penyataan tema :
Akhirul kalam,
Kesimpulannya,
Secara tuntas,
Sebagai akhir kalam,
Konklusinya,
Sebagai intiha,
Sebagai pengitlakan,


Ayat 2



Ayat rangsangan harapan :
Semoga







Ayat 3

Ayat rangsangan pandangan :
Sememangnya,









Ayat 4
Ayat rangsangan cadangan :
Oleh itu, kita perlu









Ayat 5

Ayat rangsangan kesimpulan perenggan
Sekiranya,
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan