RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Penguasaan bagi tajuk Rumusan (30 markah) dan pemahaman petikan umum (9 markah) amat penting kerana kedua-dua soalan akan  membawa markah yang tinggi.



Teknik Menjawab Soalan Rumusan


  1. Baca arahan dan garisi kata kunci/kehendak soalan.
  2. Fokus 1 dalam arahan soalan – pendahuluan dan isi tersurat
  3. Fokus 2 dalam arahan soalan – isi tersirat
  4. Cara menulis pendahuluan – mulakan dengan petikan menerangkan/membincangkan – idea keseluruhan daripada petikan (fokus 1 dalam arahan soalan: punca/kesan (positif atau negatif)/ langkah/ peranan/ciri/ kekangan dan pelengkap yang berupa perkataan atau frasa berdasarkan petikan.
  5. Pelajar mengenal pasti isi tersurat berdasarkan fokus pertama arahan soalan.
  6. Cara menulis isi tersurat:- kenal pasti isi penting (garisi) mengikut kehendak soalan (punca/ kesan/ langkah/ peranan, dsb.).
  7. Pelajar mesti menambah/ menggugurkan/ menggantikan perkataan atau rangkai kata tertentu dalam ayat supaya tidak dianggap menyalin ayat secara bulat-bulat.
  8. Pastikan pelajar mengenal pasti isi tersirat berdasarkan fokus kedua arahan soalan.
  9. Isi tersirat tiada dalam petikan. Pelajar perlu mengenal pasti sendiri berasaskan pengetahuan sedia ada/KBKK).
  10. Cara menulis kesimpulan: Kesimpulannya, (isu) mesti (cadangan) supaya (harapan).
  11. Pelajar mesti mengira jumlah perkataan dan jangan melebihi 120 patah perkataan. Jumlah perkataan mesti ditulis di bawah jawapan pada sudut sebelah kanan.
  12. Jawapan perlu ditulis dalam empat perenggan.

CONTOH FORMAT RUMUSAN.

             Petikan menerangkan _____________ (Fokus 1 - isi tersurat) ___________________(Isu 1).

             Antara _____________(Fokus 1- isi tersurat) ialah / adalah ____________________(S1), _______________(S2), _________________________(S3), _______________(S4), 

_______________(S5) dan _________________(S6).




           Seterusnya __________(Fokus 2 - isi tersirat)



___________(Isu 2) ialah / adalah__________________(T1),



______________(T2) dan _______________________(T3).





          Kesimpulannya, kita hendaklah ________(Cadangan)



supaya / agar _______________(Harapan) [ PENGAJARAN].





                                                                                                      


                                                           ____ patah perkataan







Pemahaman Petikan Umum
Soalan petikan umum berdasarkan petikan Rumusan.


  1. Pelajar mesti jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks.
  2. Pelajar mesti pelbagaikan kategori jawapan bagi soalan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK).
  3. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan.
  4. Jawapan bagi soalan KBKK perlu dihuraikan (…supaya…) bagi soalan bagaimana/ cara dan mengapa.
  5. Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja dan ayat perlu lengkap.
  6. Soalan i dan ii, jawapan berdasarkan petikan teks manakala soalan iii ialah soalan KBKK.
  7. Anda hendaklah memastikan soalan ceraian (ii)  akan memperoleh markah kerana jawapannya terdapat secara langsung dalam petikan.
  8. Isi-isi untuk soalan ceraian (ii) bukan isi-isi yang diguna pakai dalam rumusan tetapi mesti merujuk kepada petikan.





Bagi penjelasan yang lebih lanjut dan jelas, anda boleh merujuk kepada slide power point di bawah. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan