KEMAHIRAN TATABAHASA

Terdapat pelbagai aspek dalam kemahiran tatabahasa yang akan kita pelajari. Sekarang kita akan memahami sistem bahasa yang terdapat dalam kertas soalan SPM. Dalam Kertas Bahasa Melayu SPM, aspek sistem bahasa akan diuji dalam soalan nombor 3. Secara keseluruhan, soalan tatabahasa adalah seperti berikut :



Soalan 3 : Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa



Soalan 3 (a) : Membina ayat daripada enam perkataan yang dikemukakan


Soalan 3 (b) : Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat,


                        atau menganalisis ayat


Soalan 3 (c) : Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan


Soalan 3 (d) : Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan  
                       
                        bahasa


Soalan 3 (e) : Peribahasa


Membina ayat 

Soalan bahagian ini merangkumi ;

  • Kata dasar dan kata terbitan
  • Kata banyak makna
  • Kata yang hampir sama makna
  • Kata nama
  • Kata kerja
  • Kata adjektif
  • Kata ganda
  • Kata tugas
  • Kata terbitan/pasangan kata terbitan
  • Pasangan kata homograf
  • Pasangan kata dasar dan kata ganda seluruh
  • Pasangan kata ganda dan kata majmuk
  • Pasangan kata dasar dan kata ganda berimbuhan
  • Pasangan kata ganda seluruh dan kata terbitan
  • Pasangan kata dasar dan kata majmuk
  • Pasangan kata homofon
  • Kata pinjaman bahasa Melayu
  • Kata tunggal
  • Kata terbitan
  • Kata majmuk


Teknik menjawab soalan membina ayat.


  • Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan digunakan sebagai rujukan utama.
  • Baca dan fahami arahan soalan yang diberikan.
  • Setiap ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.
  • Jika murid melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan ditolak.
  • Tidak perlu membina ayat yang meleret atau terlalu panjang tetapi ayat yang dibina mestilah ayat yang matang, yang sesuai dengan tahap murid tingkatan 5 (memadai 8 - 12 perkataan sahaja).
  • Ayat yang dibina tidak dijadikan kata nama khas, kata majmuk atau peribahasa.
  • Murid haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat.
  • Perhatikan contoh binaan ayat di bawah :

  1. Nizam menaikkan  bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan. (Ayat Gramatis)
  2. Nizam menaiki  bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)


  • Dalam ayat (1) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi tatabahasa.
  • Ayat (2) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya. 
  • Ayat ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak logik.



Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat, atau menganalisis ayat

Menukarkan ayat ;

(a) Cakap ajuk cakap pindah /cakap pindah cakap ajuk


  • Baca petikan beberapa kali dan fahami isi-isi penting yang terkandung di dalamnya.
  • Jangan prosakan petikan.
  • Jangan gunakan bahasa basahan/pasar/dialek.
  • Jangan buat laporan.
  • Tuliskan jawapan dalam satu perenggan sahaja.
  • Jangan gunakan sinkof seperti dah, dan lain-lain.
  • Patuhi 4 proses:  
  1. Penghilangan - Tanda baca seperti pembuka dan penutup pengikat kata ("…."), tanda tanya (?) atau tanda seru (!) dihilangkan.
  2. Penambahan – Anda perlu memberi imbuhan pada kata yang sesuai atau menambah kata-kata tertentu (asalkan tidak mengubah maksud asal) supaya susunan lebih lengkap dan gramatis.
  3. Penukaran – Tukarkan kata ganti nama diri, masa dan tempat kepada bentuk yang sesuai. 
  4. Penggantian – Kata seru hendaklah diubah kepada maksudnya.
  • Markah diberi secara impression dengan penekanan pada maksud dan jalinan ayat; jumlah dan susunan isi; kesesuaian perkataan dan teknik pemindahan bahasa.
  • Kelemahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah lemah dalam tatabahasa., menyalin bulat-bulat dialog dengan membuang tanda baca, dan isi yang tidak cukup.
  • Bagi aspek menukarkan dialog kepada cakap ajuk, proses penukaran adalah sebaliknya dengan menepati piawai cakap ajuk.


(b) Ayat susunan biasa / ayat songsang

  • Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya didahulukan daripada predikat. 
  • Ayat songsang ialah ayat yang predikat atau sebahagian daripada unsur predikat dikedepankan. 


(c) Ayat aktif / ayat pasif
  • Ayat aktif ialah ayat yang meletakkan subjek atau pelakunya pada awal ayat.
  • Penanda bagi ayat aktif ialah kata kerja yang menerima imbuhan meN....,meN....i,dan meN....kan.
  • Ayat pasif ialah ayat yang objek hadir pada permulaan ayat.
  • Penanda bagi ayat pasif ialah kata kerja yang menerima imbuhan di....,di...i, di...kan,ter....,ber..., dan ke...an.
  • Bagi ayat pasif, Kata Ganti Nama Diri I dan II hadir di hadapan kata kerja.

Menulis semula ujaran yang tidak gramatis
  • Kata singkatan seperti nak, ni, mau dan sebagainya mesti ditulis dalam bentuk bahasa Melayu yang lengkap.
  • Kata asing seperti lu, best dan sebagainya perlu ditukar dengan perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu baku.
  • Pastikan ayat yang digunakan sesuai sama ada ayat penyata biasa, ayat songsang, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya mengikut struktur ujaran yang asal.

Menyambungkan ayat ;

  1. Murid perlu menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan.
  2. Murid perlu mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.
  3. Murid perlu menguasai kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang sesuai, penanda wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat.
  4. Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.).
  5. Jangan tinggalkan isi penting.


Memisahkan ayat / Mencerakinkan ayat;
  1. Tentukan dahulu subjek dan predikat dalam ayat.
  2. Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan menggariskan kata hubung berkenaan.
  3. Bina ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat berdasarkan stuktur asal dan mengikut susunan.


 Menganalisis ayat ;

  • Murid perlu menganalisis ayat-ayat yang diberi dan menentukan binaan subjek dan predikat ayat berkenaan.
  • Murid perlu mengenal pasti empat pola ayat dalam bahasa Melayu iaitu:

         1) FN + FN
         2) FN + FK
         3) FN + FA
         4) FN + FS

  • Jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu:
  1. Ayat Penyata
  2. Ayat Tanya
  3. Ayat Seruan
  4. Ayat Perintah :-

  • Jenis-jenis ayat majmuk :-
  1. Ayat majmuk gabungan
  2. Ayat majmuk pancangan
  3. Ayat majmuk Campuran





Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan dan

Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan  
bahasa. 



Mengesan kesalahan dalam ayat;

  1. Terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh murid dan masyarakat dalam perbualan sehari-hari.
  2. Murid mesti jelas dan faham tentang punca kesalahan ejaan atau struktur ayat yang berkenaan.
  3. Umumnya kesalahan yang sama akan berulang.
  4. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan ejaan.
  5. Murid perlu menggunakan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan asas berhubung dengan hukum tatabahasa.
  6. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan kesalahan dalam ayat.
  7. Murid mesti menguasai nota tentang kesalahan biasa dalam tatabahasa, bahasa istana yang umum dan gelaran kebesaran / panggilan tokoh dalam masyarakat.


Memberi imbuhan;

  1. Mengenal pasti penggolongan kata dasar.
  2. Mengetahui konsep awalan, akhiran dan apitan dan makna perkataan yang diimbuhkan.
  3. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan .
  4. Mengenal pasti bilangan kata dasar yang terlibat dalam ayat.

Mengenal pasti perkataan tertinggal dalam ayat.
  1. Mengenal pasti golongan perkataan.
  2. Markah yang diperuntukkan boleh dijadikan panduan mengenal pasti bilangan perkataan yang perlu ditambah dalam ayat.

Peribahasa

  1. Murid perlu menguasai maksud peribahasa.(termasuk simpulan bahasa, perbidalan, perumpamaan, pepatah,bidalan,perbilangan dan kata hikmat.)
  2. Murid perlu mengaplikasi penggunaan peribahasa dalam ayat yang gramatis.
  3. Murid perlu menguasai peribahasa yang ada dalam buku teks.
  4. Bentuk soalan yang dikemukakan lazimnya mementingkan penggunaan/aplikasi peribahasa iaitu:


  • membina ayat berdasarkan peribahasa
  • menyatakan maksud peribahasa
  • Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
  • Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
  • Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan ( situasi )
  • Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan perbualan
  • Menyatakan peribahasa yang sama maksud
  • Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.






1 ulasan: