Dalam novel , pelajar akan mendalami semua aspek yang berkaitan dengan kajian sastera seperti yang telah ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran. Aspek-aspek tersebut ialah :
- biodata pengarang
- sinopsis
- tema dan persoalan
- watak dan perwatakan
- plot dan teknik plot
- latar
- nilai dan pengajaran
- gaya bahasa
Teknik menjawab soalan novel
- Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan pemahaman Komponen Sastera (Komsas).
- Novel Renyah (tingkatan empat) dan Sutera Dalam Lukisan (tingkatan lima) perlu dibaca dan diulang kaji.
- Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan.
- Jawapan bagi soalan Komsas:
- tema > perlu ada huraian/ contoh
- persoalan > perlu ada huraian/ contoh
- perwatakan > perlu ada contoh
- latar > perlu ada contoh
- nilai > perlu ada contoh
- pengajaran > perlu ada huraian/ contoh
- Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat. Pastikan satu contoh ditulis dalam satu ayat sahaja.
- Pelajar mesti memberi jawapan secara perbandingan dalam soalan perbandingan antara novel. (menggunakan perkataan/ rangkai kata yang menunjukkan perbandingan - Contoh : tetapi, juga, walau bagaimanapun, manakala, sebaliknya).
Bagi memudahkan murid, di sini saya sertakan slide mengenai novel Renyah. Walau bagaimanapun, pastikan anda membaca novel tersebut untuk lebih mendalami dan menjiwai novel tersebut.
Gunawan Mahmood dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 29 Januari 1959. Beliau dibesarkan di kawasan Felda kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, selatan Johor. Beliau belajar di Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan dan Institut Malaysia Johor Bahru sehingga peringkat STPM. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Nasional, Jakarta, Indonesia melalui pengajian luar kampus. Beliau telah memperoleh Phd dari Universiti International Barkeley dalam fakulti Institut Pembangunan dan Pengurusan Antarabangsa Indonesia.
Karya yang telah dihasilakan oleh beliau antaranya ialah : -
- Cerpen 'Harga Sebuah Kematian' - memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988 / 89.
- Namaku Ayoko (1993)
- Renyah (1994) (Novel) - teks Komsas Tingkatan 4
- Tanah ini (1995) (Novel) - Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996 / 97
- Cinta Daerah Perjuangan (1996)
Selain itu, Dr. Gunawan Mahmood (1959-2010) adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Beliau juga seorang penulis sajak, pantun, cerpen dan novel. Beliau menjadi Setiausaha Politik sejak 2008 dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Penerangan (JASA) Johor. Beliau juga adalah Penasihat Persatuan Penulis Negeri Johor.
SINOPSIS (Mengikut Bab)
Sinopsi bermaksud ringkasan sesuatu
cerita atau karya. Sinopsis dapat memberikan satu gambaran menyeluruh tentang sesuatu karya kepada pembaca. Sinopsis
dapat meringkaskan cerita dan
membolehkan kita mengulang kaji sesuatu karya dengan cepat.
BAB 1
Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datin Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Amera satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada keluarganya.
BAB 2
Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning. Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan membuatkannya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu, Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-rakanya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.
BAB 3
Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temu janji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi mengimbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengah hari Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaannya.
BAB 4
Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anak tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.
BAB 5
Dani dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani. Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak mahu campur tangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.
BAB 6
Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya yang suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika adik-beradiknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas mengatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi. Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi hanya diam.
BAB 7
Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.
BAB 8
Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera memberitahu dia telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak berminat untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga menolak Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak berjaya melahirkan ahli perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari (yang membawa kereta) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu. Datuk Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam yang berjaya. Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan kuasa ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya.
BAB 9
Amera mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.
BAB 10
Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelefon dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.
BAB 11
Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham, Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran Datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah, Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja di syarikat ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.
BAB 12
Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai seorang anak berusia dua tahun manakala isterinya sudah meninggal dunia. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.
BAB 13
Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahi dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina Datul Dolhi memberitahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapa bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindak balas daripada ibu tirinya nanti.
BAB 14
Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tidak meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya hasnol membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivis barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datin Tominah terkejut.
BAB 15
Albert berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambil alih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelefon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.
BAB 16
Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambil alih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.
BAB 17
Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.
BAB 18
Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya yang pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.
BAB 19
Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelefon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12 permohonan tender. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabat pun ditutup. Amera menelefon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelefon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan Ilham di London.
BAB 20
Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dia diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.
BAB 21
Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.
BAB 22
Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.
BAB 23
Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.
BAB 24
Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental.
Tema
Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam
sesuatu karya secara langsung atau tidak langsung. Tema dapat dikesan selepas
sesuatu karya itu selesai dibaca.
Kekeluargaan
Tema novel ini ialah kekeluargan. Kesemua bab dalam novel ini berkisar tentang kisah Datuk Dolhi dan keluarganya. Konflik kekeluargaan dalam novel ini memaparkan kisah tokoh perniagaan Melayu dalam mendidik anak-anak. Datuk Dolhi mencari penggantinya dalam perniagaan dari kalangan anak-anaknya tetapi gagal. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai konflik akibat kerenah lima orang anaknya.
Kesibukan Datuk Dolhi dalam perniagaan serta kesibukan isterinya, Datin Tominah
dengan aktivitinya dan tindakan mereka yang selalunya memberikan anak-anaknya
semua kemewahan, telah menyebabkan anak-anak mereka tidak berminat dalam dunia
perniagaan. Anak-anak Datuk Dolhi memilih haluan sendiri seterusnya terkeluar dari landasan
yang sepatutnya. Hasnol ditangkap kerana rasuah, Dani pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar ke pusat serenti, Ilham lari keluar Negara kerana menderhaka kepada Negara dalam demontrasi menentang pembalakan Malaysia di luar Negara. Mukhlis telah menjadi tidak siuman dan dimasukkan ke wad sakit jiwa. Manakala Amera bergelut dengan perjuangan suaminya mempertahankan jawatan dalam parti dan menteri. Akhirnya anak isteri keduanya Wahi yang menggantikannya dalam perniagaan. Hanya Wahi, berjaya dididik dalam
keadaan serba kekurangan untuk meneruskan perniagaan Datuk Dolhi.
Persoalan
Persoalan pula bermakna perkara-perkara yang lebih
kecil yang ada hubungan dengan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang dalam karyanya.
1. Persoalan persahabatan.
- Persahabatan Datuk Dolhi dan Albert sehingga menubuhkan syarikat usaha sama.
2. Persoalan golongan muda yang terlibat dengan ajaran
sesat.
- Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan.
3. Persoalan sikap tamak hingga terlibat dalam rasuah.
- Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah. Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan tender.
4. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui
budaya.
- Wahi Melayu dan Yuka Jepun akhirnya berkahwin.
5. Persoalan cinta alam sekitar.
- Ilham sanggup menentang projek ayahnya demi cinta akan alam sekitar.
6. Persoalan harapan seorang ayah.
- Datuk Dolhi ingin anak-anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan dan mewarisi Dolhi-Albert Holding.
7. Persoalan minat dan kecenderongan seseorang tidak
boleh diubah.
- Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat dengan perniagan. Hasnol pegawai PTD, Amera pendidik, Ilham penulis, Dani pemuzik dan Mukhlis pendakwah.
8. Persoalan ketegasan mendidik anak.
- Datuk Dolhi tidak memberi pinjaman wang kepada Hasnol supaya belajar. Juga memasukkan Dani ke pusat serenti supaya menjadi pengajaran kepada anaknya.
9. Persoalan pentingnya ilmu pengetahuan.
- Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku pengertahuan untuk rujukan sebelum menyampaikan ceramah.
10. Persoalan harapan ayah supaya anaknya mengikuti
jejaknya.
- Datuk Dolhi sangat berharap anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan.
11. Persoalan tentang perpaduan antara
kaum.
- Contohnya, Datuk Dolhi telah menubuhkan
sebuah syarikat iaitu Dolhi-Albert Holding sebagai satu kerjasama untuk memajukan syarikatnya itu.
- Selain itu, Albert juga berhasrat untuk mewujudkan
satu hubungan kekeluargaan dengan beliau dengan cara cuba menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi walaupun hasratnya akhirnya tidak
juga tercapai.
12. Persoalan tentang strategi-strategi perniagaan
juga
turut dipaparkan.
- Misalnya, Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan
oleh mantan Perdana Menteri dan budaya kerja Jepun iaitu Kawalan Mutu Menyeluruh (TQC) telah diterapkan dalam perniagaan Datuk Dolhi.Persoalan tentang strategi-strategi perniagaan juga turut dipaparkan.
Binaan Plot
Plot merupakan susunan peristiwa dalam
sesuatu karya berdasarkan sebab dan akibatnya. Plot mungkin disusun secara kronologi atau sebaliknya.Dalam novel Renyah, plot disusun secara kronologi.
(i) Permulaan
Datuk Dolhi dan Datin Tominnah rasa sedih kerana tidak ada anak mereka yang ingin menyambung tugasnya setelah dia tiada kelak.vAnak mereka yang sulung iaitu Hasnol bekerja sebagai PTD sayangkan jawatan, kuasa dan pangkatnya. Hasnol ingin menjadi kaya tetapi tidak mahu melepaskan jawatannya. Semasa Hasnol dilahirkan Datuk Dolhi seorang pegawai kerajaan dan beliau berdoa agar anaknya kelak akan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan seterusnya KSU. Datin Tominah meminta supaya Datuk Dolhi melatih anak ketiganya Ilham menggantikannya.Tetapi Datuk Dolhi kecewa dengan Ilham yang suka membuang masa tidak tentu hala. Rencananya tentang alam sekitar mendapat tempat walaupun sering bertentangan dengan bapanya yang menggunakan alam sekitar untuk mencari keuntungan. Datuk Dolhi juga pernah berkahwin dengan wanita peranakan Arab dan mendapat anak lelaki. Tetapi wanita itu meninggal dunia dan menjadi rahsia hidupnya termasuk daripada pengetahuan Datin Tominah. Datuk Dolhi mempunyai seorang rakan kongsi rapatnya Albert Lee. Malah Albert Lee pernah melamar Amera anak Datuk Dolhi untuk anaknya Robert Lee tetapi gagal. Anak Datuk Dolhi Mukhlis yang berjubah dan berjanggut dan sering ke surau. Tidak mahu menguruskan syarikat bapanya kerana syarikat bapanya penuh riba menurut Mukhlis. Manakala anaknya Dani minat dalam bidang hiburan. Dani juga mengikuti kelas muzik.
(ii) Perkembangan
Datuk Dolhi menyampaikan ceramah dengan menjadikan Doktor Mahathir sebagai contoh. Kepuasan terbayang pada wajah Datuk Dolhi setelah menyampaikan ceramah. Datuk Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri pertunjukkan fesyen Busana Islam. Datuk Dolhi sangat bosan dengan pertunjukkan tersebut. Amera terpilih sebagai pendidik terbaik seluruh negeri. Amera memohon supaya ayah dan ibunya hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut. Sekali lagi Datuk Dolhi meminta Amera berhenti sebagai pendidik dan bekerja dengan syarikatnya tetapi ditolak oleh Amera yang mencintai bidang pendidikan. Mukhlis memohon pembiayaannya berdakwah ke India tetapi ditolak oleh Datuk Dolhi.
(iii) Perumitan
Amera mendapat panggilan talefon daripada peminat misteri mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan juga mendapat jambangan bunga. Pembantu rumah Inem meminta untuk berhenti kerja. Dia tidak menyatakan sebabnya. Walaupun dipujuk oleh Datin Tominah tetapi Inem bertegas untuk berhenti. Mukhlis bernikah dengan Hanisah janda tok guru beranak dua tanpa pengetahuan keluarganya. Hasnol balik ke rumah untuk meminjam RM 10,000.00 daripada keluarganya untuk kelab Golfnya tetapi tidak diberi oleh keluarganya. Datuk Dolhi meminta Rozie menempat tiket dan penginapannya di Jepun untuk menenangkan fikirannya yang runsing memikirkan hal anak-anaknya. Albert Lee kecewa kerana hasratnya untuk melihat Elain berkahwin dengan Hasnol tidak tercapai . Sekarang ini beliau berharap Robert pula mencuba untuk memikat Amera seterusnya memperisterikannya.
(iv) Klimaks
Wakil Timbalan Menteri datang untuk merisik Amera. Majlis perkahwinan Amera dengan Timbalan Menteri disegerakan untuk mengelakkan fitnah. Dani dan kumpulannya Young Rock Band mengadakan persembahan. Sebelum persembahan Dani meminta kebenaran daripada rakannya untuk mendapatkan dadah. Semasa dalam perjalanan Dani telah diberkas oleh polis dan mendapati positif dadah. Tengku Munir terus ke Pejabat Menteri Besar melaporkan Hasnol memohon RM I juta bagi meluluskan 12 permohonan tendernya. Malam itu Hasnol menelefon ibunya dan kesal atas perbuatannya. Datin Tominah meminta Hasnol pulang untuk mencabar di mahkamah. Ilham pula mengadakan tunjuk perasaan bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia yang disiarkan secara langsung oleh TV antarabangsa. Ilham mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus ditebang. Datuk Dolhi pula didatangi pegawai dari Cawangan Khas untuk mengetahui latar belakang Ilham. Malah YB Wahab Yassin juga disoal kerana penglibatan adik iparnya. Datuk Dolhi mengistiharkan Wahi sebagai anaknya kepada ahli keluarganya yang lain menyebabkan Datin Tominah bersikap dingin kepadanya.
(v) Peleraian
Hasnol dibebaskan dengan ikat jamin dan Dani juga dijamin kerana memiliki dadah. Albert banyak menjalankan tugas Datuk Dolhi. Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak mahu pulang kerana malu. Wahi dan Yuka pulang ke tanah air disambut Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah telah berubah dan dapat menerima anak tirinya Wahi. Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang rumah berhala. Mukhlis beransur pulih daripada kecederaan dan doktor menasihati supaya dihantar ke pusat pemulihan untuk rawatan mental. Manakala bekas isterinya ada menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak mengenalinya kerana berpurdah. Manakala Dani akan dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah selesai kesnya di mahkamah dan Dani bersetuju. Adam ketua kumpulannya akan menyimpan royaltinya juka ada. Amera menunggu suaminya yang pulang ke kawasannya untuk mempertahankan ketua bahagian parti pemerintah dan anak tirinya dijaga olen mentuanya. Seterunya Dolhi Albert Holding mengadakan mesyuarat lembaga pengarah dan Datuk Dolhi mengumumkan pelantikan Wahi menggantikannya dan mendapat sokongan lembaga pengarah kecuali Albert yang keluar selepas pengumuman tersebut. Ketika Datuk Dolhi dan Datin Tominah berehat dianjung banglonya, dia terfikir untuk ke Mekah mengerjakan umrah. Semua urusan perniagan diserahkan kepada Wahi dan isterinya Yuka. Hasnol akan dibicarakan atas kesalahan rasuah. Kerjayanya musnah dan isterinya Linda mula menjauhkan diri. Ilham berada di luar Negara dan berkomplot dengan orang asing memboikot Malaysia dan dianggap penderhaka Negara. Pasti akan ditangkap sekiranya pulang. Manakala Amera belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan politik suaminya YB Wahab Yassin. Suaminya pula bergelut untuk mempertahankan jawatan dalam parti. Mukhlis dihantar ke hospital mental dan bekas isterinya Hanisah kembali kepada bekas suaminya. Dani pula dihantar ke Pusat Serenti untuk memulihkannya daripada ketagihan dadah. Akhirnya Wahi anaknya dengan Mastura mewarisi perniagaan Datuk Dolhi dan akan berdepan dengan Albert Lee dalam perniagaan.
Teknik Plot
Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut :-
(a) Imbas Kembali
- Merupakan satu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman.
- Contohnya, Datuk Dolhi melamun. Fikirannya kembali kepada dua puluh lapan tahun yang lampau. Isterinya yang baik, Mastura dalam kenangan.
(b) Imbas muka
- Merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tetang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
- Contohnya, Mukhlis teringat kepada ibunya. Ibunya tentu marah dengan tindakannya berkahwin tanpa memberitahu keluarga.
(c) Saspens
- Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
- Merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secra luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran.
(e) kejutan
-
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
-
Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
-
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
-
Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
(g) Monolog
(monologue)
1. Percakapan atau tutur kata
oleh seorang watak sama ada kepada dirinya atau
pembaca.
(h) Monolog dalaman (interior monologue)
1. Teknik
ini berupa kata hati atau pengucapan batin seseorang watak.
Novel Tingkatan 5
Sutera dalam Lukisan
SUTERA DALAM LUKISAN
(ABD TALIB HASSAN)
Sinopsis
Novel ini memaparkan kisah
seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah
dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah
menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi
sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan
diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering
menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei
yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.
Hidupnya keseorangan dan
menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila
telah mengubah segala-galanya dan Bujei mula merasai erti sebuah kehidupan.
Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan
persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan
perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu
demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei
diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias. Malah
Adila turut difitnah menghidap AIDS kerana pernah menuntut di luar negara.
Dendam yang kian membara
menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang
akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan
akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan
simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya.
Akhirnya, Alias sendiri
terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk
memulihkannya.
Orang kampung pula kini telah
melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang
kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila
telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang
keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan
pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.
Tema
Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan
setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan neneknya.
Contoh:
Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur
oleh bapa tiri Bujei telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal.
Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup Bujei dan kembali menjadi
manusia normal seperti sedia kala.
Persoalan
i. Tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat
individu.
Contoh:
Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula
keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.
ii. Menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri
sendiri.
Contoh:
Bujei akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan
daripada Adila.
iii. Kebaikan akan mengatasi kebatilan.
Contoh:
Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila
telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.
iv. Sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah
sifat seseorang.
Contoh:
Adila yang telah membimbing Bujei untuk membentuk semula
keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.
v. Ketegasan dalam pendirian.
Contoh:
Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan
hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.
vi. Jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Contoh:
Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei,
tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah
bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal
berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila.
vii. Berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas
oleh orang lain.
Contoh:
Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh
dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai
gantian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.
Plot
Plot Sutera Dalam Lukisan dihuraikan secara kronologi iaitu
bersandarkan hukum sebab dan akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh
pembalasan yang baik juga dan begitulah sebaliknya.
i. Eksposisi (Permulaan)
Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering
mengunjungi latar tempat di kampungnya. Digambarkan juga latar masa iaitu pada
waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei
sebagai insan abnormal.
ii. Perkembangan
Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh
bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan
sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Perkenalan dengan
Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk
meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila
juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.
iii. Klimaks
Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya,
mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila.
iv. Peleraian
Adila juga menaruh hati kepada Bujei. Hal ini menyebabkan
Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk
berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.
Teknik Plot
i. Pemerian
Contoh:
Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang
sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya
ketika itu.
ii. Dialog
Contoh:
“Lepaskan motor aku ni... Aku nak pergi ambil duit,” kata
Alias
iii. Imbas Kembali
Contoh:
Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak
bapanya. Tragedi pertama menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu
kemalangan di lebuh raya Karak.
iv. Imbas Muka
Contoh:
Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah
Adila sudah dibawa ke rumah sakit? Terlintas juga di fikirannya untuk menjenguk
dan melihat keadaan Adila.
v. Monolog Dalaman
Contoh:
Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei
juga sudah tahu sehingga terasa malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir
untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung yang tidak lagi memberi kedamaian
kepadanya.
vi. Suspens
Contoh:
Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan
oleh Alias ke atas dirinya, Bujei menghayunkan parangnya ke arah Alias.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Bujei/Hafiz
• Bercita-cita
untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering
menjadikan bapanya sebagai idola.
• Suka
berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.
• Takut
dengan alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei
tanpa sebarang bantahan.
• Tidak
mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang
perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.
• Suka
mendengar radio. Sanggup membeli radio baharu sewaktu keluar pekan bersama
Samsul.
• Mempunyai
bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan
Same’ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.
• Mempunyai
sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar
nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
• Pulih
daripada sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya
hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.
• Anak
yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya
tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang
ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.
• Seorang
pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui
pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.
• Tidak
memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.
Watak Sampingan
Adila
• Lulusan
universiti luar negara iaitu England.
• Mempunyai
sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.
• Telah
bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan
berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke
kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka
masa yang panjang.
• Mempunyai
pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia
untuk mendirikan rumah tangga.
• Lemah
lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu
tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung.
• Menjadi
mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah ‘rosak’ sewaktu belajar
di luar negara.
• Jatuh cinta dengan Bujei. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan
isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke kota.
Alias
• Suka
membuli Bujei.
Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan
upah tetapi memungkirinya.
• Suka
kepada Adila dan menghantar pinangan tetapi ditolak. Cuba mendekati Adila
setelah gagal mendapatkan Same’ah.
• Suka
terlibat dalam perlumbaan motor.
Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya,
Sahak telah terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital.
• Bercakap
kasar.
Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.
• Cuba
menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan
daripada neneknya untuk mencari ilmu pengasih.
• Cuba
memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
• Akhirnya
menjadi sasau/gila.
Sidang Saman
• Mengambil
berat akan anak buahnya.
Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan
meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.
• Bijak
memerangkap orang yang bersalah melalui kata-katanya.
Contohnya sewaktu
berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah
pusaka arwah datuknya.
• Menjadi
pakar rujuk permasalahan Adila. Terutama sekali Adila mula jatuh cinta dengan
Bujei.
Sameah
• Bertimbang rasa
dan baik dengan Bujei.
Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei
• Anak
Sidang Saman
• Berkahwin
dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.
Harun
• Seorang
duda
• Berkahwin
dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian ibu Bujei.
• Bekerja
sebagai mandur di ladang kelapa sawit.
• Panas
baran dan sering memukul serta mendera isterinya.
• Mengikis
wang peninggalan bekas suami Fatimah.
Contohnya, melakukan keganasan terhadap isteri dan
anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat daripada
perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau.
• Suka
berpura-pura.
Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda
tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.
Senen
• Suka
bersedekah.
Contohnya, sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.
• Baik
hati.
Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei
yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun.
• Mengambil
tindakan dengan teliti.
Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum
melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan
semula tanah pusaka Bujei.
Gaya Bahasa
i. Simile
Contoh:
“Jangan takut”. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.
ii. Personafikasi
Contoh:
Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi
air membuai perasaannya.
iii. Hiperbola
Contoh:
“Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang… tak
kira tempat atau masa, tak kira sesiapa aje?”
iv. Sinkope
Contoh:
Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan
yang begitu hormat dirasakannya.
v. Metafora
Contoh:
Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong
yang akan membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu.
vi. Kata Ganda
Contoh:
Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang
biasa dikunjunginya..
Latar
Latar Masa
i. Waktu pagi
“Okey, Good morning Bujei”.
ii. Waktu maghrib
Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman
menoleh ke belakangnya.
iii. Waktu petang
Makin petang merangkak, makin galak agas-agas
menghurungnya.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang
yang kurang bernasib baik.
Contoh:
Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan
mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal.
ii. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemahusiaan.
Contoh:
Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan
membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun.
iii. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan
orang lain.
Contoh:
Baharu sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk
Fatimah untuk membeli kereta.
iv. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh:
Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis
perkahwinan Same’ah.
Nilai Murni
i. Nilai kasih sayang
Contoh:
Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya.
Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.
ii. Nilai hormat menghormati
Contoh:
Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya Hafiz.
iii. Nilai baik hati
Contoh:
Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk
mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.
iv. Nilai keadilan
Contoh:
Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas
kerosakan radio Bujei.
v. Nilai keberanian
Contoh:
Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh
Alias.
vi. Nilai keadilan

vii. Nilai keberanian

Pengajaran
i. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan
Contoh:
Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat
perbuatan bapa tirinya.
ii. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.
Contoh:
Alias telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
iii. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib
baik
Contoh:
Adila optimis dia boleh membatu Bujei memulihkan
keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.
iv. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah
dibuat.
Contoh:
Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila
kerana telah berkahwin dengan orang lain.
v. Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh:
Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan Adila
menghidapi penyakit AIDS untuk menjauhkan perhubungan mereka.
vi. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh:
Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih
bagi mendapatkan cinta Adila.

- Contohnya, Datuk Dolhi telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Dolhi-Albert Holding sebagai satu kerjasama untuk memajukan syarikatnya itu.
- Selain itu, Albert juga berhasrat untuk mewujudkan satu hubungan kekeluargaan dengan beliau dengan cara cuba menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi walaupun hasratnya akhirnya tidak juga tercapai.
12. Persoalan tentang strategi-strategi perniagaan
juga
turut dipaparkan.
- Misalnya, Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri dan budaya kerja Jepun iaitu Kawalan Mutu Menyeluruh (TQC) telah diterapkan dalam perniagaan Datuk Dolhi.Persoalan tentang strategi-strategi perniagaan juga turut dipaparkan.
Binaan Plot
Plot merupakan susunan peristiwa dalam
sesuatu karya berdasarkan sebab dan akibatnya. Plot mungkin disusun secara kronologi atau sebaliknya.Dalam novel Renyah, plot disusun secara kronologi.
(i) Permulaan
Datuk Dolhi dan Datin Tominnah rasa sedih kerana tidak ada anak mereka yang ingin menyambung tugasnya setelah dia tiada kelak.vAnak mereka yang sulung iaitu Hasnol bekerja sebagai PTD sayangkan jawatan, kuasa dan pangkatnya. Hasnol ingin menjadi kaya tetapi tidak mahu melepaskan jawatannya. Semasa Hasnol dilahirkan Datuk Dolhi seorang pegawai kerajaan dan beliau berdoa agar anaknya kelak akan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan seterusnya KSU. Datin Tominah meminta supaya Datuk Dolhi melatih anak ketiganya Ilham menggantikannya.Tetapi Datuk Dolhi kecewa dengan Ilham yang suka membuang masa tidak tentu hala. Rencananya tentang alam sekitar mendapat tempat walaupun sering bertentangan dengan bapanya yang menggunakan alam sekitar untuk mencari keuntungan. Datuk Dolhi juga pernah berkahwin dengan wanita peranakan Arab dan mendapat anak lelaki. Tetapi wanita itu meninggal dunia dan menjadi rahsia hidupnya termasuk daripada pengetahuan Datin Tominah. Datuk Dolhi mempunyai seorang rakan kongsi rapatnya Albert Lee. Malah Albert Lee pernah melamar Amera anak Datuk Dolhi untuk anaknya Robert Lee tetapi gagal. Anak Datuk Dolhi Mukhlis yang berjubah dan berjanggut dan sering ke surau. Tidak mahu menguruskan syarikat bapanya kerana syarikat bapanya penuh riba menurut Mukhlis. Manakala anaknya Dani minat dalam bidang hiburan. Dani juga mengikuti kelas muzik.
(ii) Perkembangan
Datuk Dolhi menyampaikan ceramah dengan menjadikan Doktor Mahathir sebagai contoh. Kepuasan terbayang pada wajah Datuk Dolhi setelah menyampaikan ceramah. Datuk Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri pertunjukkan fesyen Busana Islam. Datuk Dolhi sangat bosan dengan pertunjukkan tersebut. Amera terpilih sebagai pendidik terbaik seluruh negeri. Amera memohon supaya ayah dan ibunya hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut. Sekali lagi Datuk Dolhi meminta Amera berhenti sebagai pendidik dan bekerja dengan syarikatnya tetapi ditolak oleh Amera yang mencintai bidang pendidikan. Mukhlis memohon pembiayaannya berdakwah ke India tetapi ditolak oleh Datuk Dolhi.
(iii) Perumitan
Amera mendapat panggilan talefon daripada peminat misteri mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan juga mendapat jambangan bunga. Pembantu rumah Inem meminta untuk berhenti kerja. Dia tidak menyatakan sebabnya. Walaupun dipujuk oleh Datin Tominah tetapi Inem bertegas untuk berhenti. Mukhlis bernikah dengan Hanisah janda tok guru beranak dua tanpa pengetahuan keluarganya. Hasnol balik ke rumah untuk meminjam RM 10,000.00 daripada keluarganya untuk kelab Golfnya tetapi tidak diberi oleh keluarganya. Datuk Dolhi meminta Rozie menempat tiket dan penginapannya di Jepun untuk menenangkan fikirannya yang runsing memikirkan hal anak-anaknya. Albert Lee kecewa kerana hasratnya untuk melihat Elain berkahwin dengan Hasnol tidak tercapai . Sekarang ini beliau berharap Robert pula mencuba untuk memikat Amera seterusnya memperisterikannya.
(iv) Klimaks
Wakil Timbalan Menteri datang untuk merisik Amera. Majlis perkahwinan Amera dengan Timbalan Menteri disegerakan untuk mengelakkan fitnah. Dani dan kumpulannya Young Rock Band mengadakan persembahan. Sebelum persembahan Dani meminta kebenaran daripada rakannya untuk mendapatkan dadah. Semasa dalam perjalanan Dani telah diberkas oleh polis dan mendapati positif dadah. Tengku Munir terus ke Pejabat Menteri Besar melaporkan Hasnol memohon RM I juta bagi meluluskan 12 permohonan tendernya. Malam itu Hasnol menelefon ibunya dan kesal atas perbuatannya. Datin Tominah meminta Hasnol pulang untuk mencabar di mahkamah. Ilham pula mengadakan tunjuk perasaan bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia yang disiarkan secara langsung oleh TV antarabangsa. Ilham mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus ditebang. Datuk Dolhi pula didatangi pegawai dari Cawangan Khas untuk mengetahui latar belakang Ilham. Malah YB Wahab Yassin juga disoal kerana penglibatan adik iparnya. Datuk Dolhi mengistiharkan Wahi sebagai anaknya kepada ahli keluarganya yang lain menyebabkan Datin Tominah bersikap dingin kepadanya.
(v) Peleraian
Hasnol dibebaskan dengan ikat jamin dan Dani juga dijamin kerana memiliki dadah. Albert banyak menjalankan tugas Datuk Dolhi. Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak mahu pulang kerana malu. Wahi dan Yuka pulang ke tanah air disambut Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah telah berubah dan dapat menerima anak tirinya Wahi. Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang rumah berhala. Mukhlis beransur pulih daripada kecederaan dan doktor menasihati supaya dihantar ke pusat pemulihan untuk rawatan mental. Manakala bekas isterinya ada menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak mengenalinya kerana berpurdah. Manakala Dani akan dihantar ke pusat pemulihan dadah setelah selesai kesnya di mahkamah dan Dani bersetuju. Adam ketua kumpulannya akan menyimpan royaltinya juka ada. Amera menunggu suaminya yang pulang ke kawasannya untuk mempertahankan ketua bahagian parti pemerintah dan anak tirinya dijaga olen mentuanya. Seterunya Dolhi Albert Holding mengadakan mesyuarat lembaga pengarah dan Datuk Dolhi mengumumkan pelantikan Wahi menggantikannya dan mendapat sokongan lembaga pengarah kecuali Albert yang keluar selepas pengumuman tersebut. Ketika Datuk Dolhi dan Datin Tominah berehat dianjung banglonya, dia terfikir untuk ke Mekah mengerjakan umrah. Semua urusan perniagan diserahkan kepada Wahi dan isterinya Yuka. Hasnol akan dibicarakan atas kesalahan rasuah. Kerjayanya musnah dan isterinya Linda mula menjauhkan diri. Ilham berada di luar Negara dan berkomplot dengan orang asing memboikot Malaysia dan dianggap penderhaka Negara. Pasti akan ditangkap sekiranya pulang. Manakala Amera belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan politik suaminya YB Wahab Yassin. Suaminya pula bergelut untuk mempertahankan jawatan dalam parti. Mukhlis dihantar ke hospital mental dan bekas isterinya Hanisah kembali kepada bekas suaminya. Dani pula dihantar ke Pusat Serenti untuk memulihkannya daripada ketagihan dadah. Akhirnya Wahi anaknya dengan Mastura mewarisi perniagaan Datuk Dolhi dan akan berdepan dengan Albert Lee dalam perniagaan.
Teknik Plot
Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut :-
(a) Imbas Kembali
(b) Imbas muka
Teknik Plot
Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut :-
- Merupakan satu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman.
- Contohnya, Datuk Dolhi melamun. Fikirannya kembali kepada dua puluh lapan tahun yang lampau. Isterinya yang baik, Mastura dalam kenangan.
(b) Imbas muka
- Merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tetang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
- Contohnya, Mukhlis teringat kepada ibunya. Ibunya tentu marah dengan tindakannya berkahwin tanpa memberitahu keluarga.
(c) Saspens
- Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
- Merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secra luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran.
(e) kejutan
(f) Dialog
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(g) Monolog (monologue)
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
1. Percakapan atau tutur kata
oleh seorang watak sama ada kepada dirinya atau
pembaca.
(h) Monolog dalaman (interior monologue)
(h) Monolog dalaman (interior monologue)
1. Teknik
ini berupa kata hati atau pengucapan batin seseorang watak.
Novel Tingkatan 5
Sutera dalam Lukisan
SUTERA DALAM LUKISAN
(ABD TALIB HASSAN)
Sinopsis
Novel ini memaparkan kisah
seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah
dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah
menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi
sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan
diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering
menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei
yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.
Hidupnya keseorangan dan
menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila
telah mengubah segala-galanya dan Bujei mula merasai erti sebuah kehidupan.
Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan
persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan
perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu
demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei
diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias. Malah
Adila turut difitnah menghidap AIDS kerana pernah menuntut di luar negara.
Dendam yang kian membara
menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang
akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan
akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan
simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya.
Akhirnya, Alias sendiri
terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk
memulihkannya.
Orang kampung pula kini telah
melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang
kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila
telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang
keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan
pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.
Tema
Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan
setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan neneknya.
Contoh:
Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur
oleh bapa tiri Bujei telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal.
Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup Bujei dan kembali menjadi
manusia normal seperti sedia kala.
Persoalan
i. Tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat
individu.
Contoh:
Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula
keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.
ii. Menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri
sendiri.
Contoh:
Bujei akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan
daripada Adila.
iii. Kebaikan akan mengatasi kebatilan.
Contoh:
Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila
telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.
iv. Sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah
sifat seseorang.
Contoh:
Adila yang telah membimbing Bujei untuk membentuk semula
keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.
v. Ketegasan dalam pendirian.
Contoh:
Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan
hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.
vi. Jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Contoh:
Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei,
tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah
bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal
berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila.
vii. Berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas
oleh orang lain.
Contoh:
Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh
dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai
gantian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.
Plot
Plot Sutera Dalam Lukisan dihuraikan secara kronologi iaitu
bersandarkan hukum sebab dan akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh
pembalasan yang baik juga dan begitulah sebaliknya.
i. Eksposisi (Permulaan)
Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering
mengunjungi latar tempat di kampungnya. Digambarkan juga latar masa iaitu pada
waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei
sebagai insan abnormal.
ii. Perkembangan
Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh
bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan
sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Perkenalan dengan
Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk
meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila
juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.
iii. Klimaks
Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya,
mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila.
iv. Peleraian
Adila juga menaruh hati kepada Bujei. Hal ini menyebabkan
Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk
berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.
Teknik Plot
i. Pemerian
Contoh:
Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang
sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya
ketika itu.
ii. Dialog
Contoh:
“Lepaskan motor aku ni... Aku nak pergi ambil duit,” kata
Alias
iii. Imbas Kembali
Contoh:
Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak
bapanya. Tragedi pertama menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu
kemalangan di lebuh raya Karak.
iv. Imbas Muka
Contoh:
Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah
Adila sudah dibawa ke rumah sakit? Terlintas juga di fikirannya untuk menjenguk
dan melihat keadaan Adila.
v. Monolog Dalaman
Contoh:
Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei
juga sudah tahu sehingga terasa malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir
untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung yang tidak lagi memberi kedamaian
kepadanya.
vi. Suspens
Contoh:
Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan
oleh Alias ke atas dirinya, Bujei menghayunkan parangnya ke arah Alias.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Bujei/Hafiz
• Bercita-cita
untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering
menjadikan bapanya sebagai idola.
• Suka
berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.
• Takut
dengan alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei
tanpa sebarang bantahan.
• Tidak
mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang
perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.
• Suka
mendengar radio. Sanggup membeli radio baharu sewaktu keluar pekan bersama
Samsul.
• Mempunyai
bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan
Same’ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.
• Mempunyai
sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar
nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
• Pulih
daripada sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya
hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.
• Anak
yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya
tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang
ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.
• Seorang
pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui
pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.
• Tidak
memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.
Watak Sampingan
Adila
• Lulusan
universiti luar negara iaitu England.
• Mempunyai
sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.
• Telah
bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan
berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke
kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka
masa yang panjang.
• Mempunyai
pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia
untuk mendirikan rumah tangga.
• Lemah
lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu
tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung.
• Menjadi
mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah ‘rosak’ sewaktu belajar
di luar negara.
• Jatuh cinta dengan Bujei. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan
isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke kota.
Alias
• Suka
membuli Bujei.
Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan
upah tetapi memungkirinya.
• Suka
kepada Adila dan menghantar pinangan tetapi ditolak. Cuba mendekati Adila
setelah gagal mendapatkan Same’ah.
• Suka
terlibat dalam perlumbaan motor.
Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya,
Sahak telah terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital.
• Bercakap
kasar.
Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.
• Cuba
menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan
daripada neneknya untuk mencari ilmu pengasih.
• Cuba
memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
• Akhirnya
menjadi sasau/gila.
Sidang Saman
• Mengambil
berat akan anak buahnya.
Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan
meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.
• Bijak
memerangkap orang yang bersalah melalui kata-katanya.
Contohnya sewaktu
berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah
pusaka arwah datuknya.
• Menjadi
pakar rujuk permasalahan Adila. Terutama sekali Adila mula jatuh cinta dengan
Bujei.
Sameah
• Bertimbang rasa
dan baik dengan Bujei.
Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei
• Anak
Sidang Saman
• Berkahwin
dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.
Harun
• Seorang
duda
• Berkahwin
dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian ibu Bujei.
• Bekerja
sebagai mandur di ladang kelapa sawit.
• Panas
baran dan sering memukul serta mendera isterinya.
• Mengikis
wang peninggalan bekas suami Fatimah.
Contohnya, melakukan keganasan terhadap isteri dan
anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat daripada
perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau.
• Suka
berpura-pura.
Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda
tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.
Senen
• Suka
bersedekah.
Contohnya, sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.
• Baik
hati.
Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei
yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun.
• Mengambil
tindakan dengan teliti.
Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum
melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan
semula tanah pusaka Bujei.
Gaya Bahasa
i. Simile
Contoh:
“Jangan takut”. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.
ii. Personafikasi
Contoh:
Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi
air membuai perasaannya.
iii. Hiperbola
Contoh:
“Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang… tak
kira tempat atau masa, tak kira sesiapa aje?”
iv. Sinkope
Contoh:
Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan
yang begitu hormat dirasakannya.
v. Metafora
Contoh:
Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong
yang akan membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu.
vi. Kata Ganda
Contoh:
Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang
biasa dikunjunginya..
Latar
Latar Masa
i. Waktu pagi
“Okey, Good morning Bujei”.
ii. Waktu maghrib
Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman
menoleh ke belakangnya.
iii. Waktu petang
Makin petang merangkak, makin galak agas-agas
menghurungnya.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang
yang kurang bernasib baik.
Contoh:
Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan
mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal.
ii. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemahusiaan.
Contoh:
Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan
membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun.
iii. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan
orang lain.
Contoh:
Baharu sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk
Fatimah untuk membeli kereta.
iv. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh:
Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis
perkahwinan Same’ah.
Nilai Murni
i. Nilai kasih sayang
Contoh:
Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya.
Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.
ii. Nilai hormat menghormati
Contoh:
Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya Hafiz.
iii. Nilai baik hati
Contoh:
Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk
mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.
iv. Nilai keadilan
Contoh:
Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas
kerosakan radio Bujei.
v. Nilai keberanian
Contoh:
Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh
Alias.
vi. Nilai keadilan
Contoh:
Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas
kerosakan radio Bujei.
vii. Nilai keberanian
Contoh:
Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh
Alias.
Pengajaran
i. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan
Contoh:
Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat
perbuatan bapa tirinya.
ii. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.
Contoh:
Alias telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
iii. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib
baik
Contoh:
Adila optimis dia boleh membatu Bujei memulihkan
keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.
iv. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah
dibuat.
Contoh:
Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila
kerana telah berkahwin dengan orang lain.
v. Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh:
Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan Adila
menghidapi penyakit AIDS untuk menjauhkan perhubungan mereka.
vi. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh:
Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih
bagi mendapatkan cinta Adila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan