KOMSAS

PENGENALAN 


      Aspek komponen sastera atau lebih dikenali dengan akronim KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula diperkenalkan secara berperingkat-peringkat kepada para pelajar mulai tahun 2001.


      Semua pelajar di seluruh negara diwajibkan untuk mendalami teks antologi dan novel mengikut zon sekolah masing-masing. Antologi KOMSAS bagi tingkatan 4 ialah antologi Harga Remaja dan bagi tingkatan 5 ialah antologi Dirgahayu Bahasaku. 







                 Dalam teks antologi, terdapat lima genre untuk dipelajari oleh para pelajar iaitu :


  1. puisi tradisional
  2. puisi moden / sajak
  3. prosa tradisional
  4. cerpen
  5. drama 


            Genre yang terkandung dalam teks antalogi Harga Remaja  (Tingkatan 4) dan Dirgahayu Bahasaku (Tingkatan 5) boleh dilihat dalam pautan di bawah :-


http://www.slideshare.net/salbiahredzuan/genre-yang-terkandung-dalam-teks-analogi-2





Soalan KOMSAS bermula dengan soalan nombor 2(b) sehingga soalan 2(d). 

Teknik menjawab soalan KOMSAS



2(b) Petikan Cerpen/Drama

  1. Pelajar mesti jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks.
  2. Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK).
  3. Pelajar mesti memberi contoh yang tepat berdasarkan petikan/ teks (Komsas).
  4. Semua cerpen dan drama Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 perlu dibaca dan diulang kaji.
  5. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan.
  6. Jawapan bagi soalan KBKK perlu dihuraikan ( ...supaya…) bagi soalan bagaimana/ cara dan mengapa.
  7. Jawapan bagi soalan Komsas:


  • tema > perlu ada huraian/ contoh
  • persoalan > perlu ada huraian/ contoh
  • perwatakan > perlu ada contoh
  • latar > perlu ada contoh
  • nilai > perlu ada contoh
  • pengajaran > perlu ada huraian/contoh

8.  Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja.
9.  Pastikan satu contoh ditulis dalam satu ayat sahaja.
10. Soalan i berdasarkan petikan teks, 
     soalan ii soalan KBKK manakala 
     soalan iii ialah soalan Komsas.



2(c) Petikan Prosa Klasik


  1. Terdapat 3 pecahan soalan iaitu 2 soalan pemahaman teks dan satu soalan KBKK.
  2. Pelajar mesti jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks.
  3. Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan pelbagaikan kategori jawapan.
  4. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan.
  5. Jawapan bagi soalan KBKK perlu dihuraikan ( …supaya…) bagi soalan bagaimana / cara dan mengapa.
  6. Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja.
  7. Semua cerita klasik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 perlu dibaca dan diulang kaji.
  8. Pelajar harus menjawab menggunakan ayat bahasa Melayu baku.
  9. Soalan i dan ii berdasarkan petikan teks manakala soalan iii ialah soalan KBKK.
  10. Dalam P&P guru hendaklah menterjemahkan petikan klasik kepada bahasa Melayu baku dan menekan kepada perkataan atau rangkai kata klasik selaras dengan kehendak/fokus soalan SPM.

2(d) Petikan Puisi

  1. Pelajar mesti jelas tentang maksud rangkai kata berdasarkan teks.
  2. Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan pelbagaikan kategori jawapan.
  3. Pelajar mesti jelas tentang maksud soalan pemahaman Komponen Sastera (Komsas).
  4. Semua puisi tradisional dan puisi moden Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 perlu dibaca dan diulang kaji.
  5. Pastikan pelajar menulis jawapan berpandukan jumlah markah bagi setiap soalan.
  6. Jawapan bagi soalan KBKK perlu dihuraikan ( …supaya…) bagi soalan bagaimana/ cara dan mengapa.
  7. Jawapan bagi soalan Komsas:
  • tema -> perlu ada huraian/contoh
  • persoalan -> perlu ada huraian/contoh
  • perwatakan -> perlu ada contoh
  • latar -> perlu ada contoh
  • nilai -> perlu ada contoh
  • pengajaran -> perlu ada huraian/contoh
 8.  Pastikan satu isi ditulis dalam satu ayat sahaja.
 9.  Pastikan satu contoh ditulis dalam satu ayat sahaja. 
10. Soalan i berdasarkan petikan teks, 
      soalan ii soalan KBKK manakala 
      soalan iii ialah soalan Komsas.



ANTOLOGI HARGA REMAJA

1. Sajak Harga Remaja 




5. Pantun empat kerat ; Jenaka dan Sindiran





6. Pantun Empat kerat ; Budi





7. Gurindam 12 fasal yang keenam




9. Tiba waktunya




10. Gelanggang Tuk Wali




11. Cempaka berdarah





12. Memori seorang tua





13. Pemain catur




14. Mellisa




15. Forum remaja 2020





17. Ibu dan Ceper

Tiada ulasan:

Catat Ulasan