Terdapat dua bahagian karangan yang perlu dijawab oleh murid dalam kertas Bahasa Malaysia SPM iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Kriteria penskoran karangan amat penting bagi murid untuk mendapatkan markah yang cemerlang. Jadi, mari kita lihat kriteria yang perlu ada dalam karangan yang dihasilkan supaya anda dapat memperoleh skor yang cemerlang.
Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30
markah]
KRITERIA
PENSKORAN
Bahagian A :
|
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah]
|
PERINGKAT / MARKAH
|
KRITERIA PENSKORAN
|
CEMERLANG (28 – 30) (26 – 27) |
o Karangan menepati tugasan bahan rangsangan.
o Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan
tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
o Wacana lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
o Pengolahan menarik, berkesan, dan idea dihuraikan
dengan jelas dan matang.
|
KEPUJIAN (23 – 25) (20 – 22) |
o Karangan menepati tugasan bahan rangsangan.
o Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan
tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
Penggunaan kosa kata luas.
o
Wacana lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
o
Pengolahan menarik dan berkesan.
o Idea relevan dengan tugasan dan dihuraikan dengan jelas.
|
MEMUASKAN (17 – 19) (15 – 16) |
o Karangan masih menepati tugasan bahan
rangsangan.
o Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan
ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut
Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata umum.
o Wacana masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.
o Pengolahan masih menarik. Huraian idea masih
jelas.
|
KURANG MEMUASKAN (12 – 14) (10 – 11) |
o Karangan masih / kurang menepati tugasan bahan
rangsangan.
o Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan
ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut
Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.
Penggunaan kosa kata terhad.
o Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang
bervariasi.
o Pengolahan kurang menarik. Huraian idea kurang
jelas.
|
PENCAPAIAN MINIMUM (06 – 09) (01 – 05) |
o Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis .
o
Banyak kesalahan bahasa dari sgei kata dan ayat.
o Pengolahan : Calon tidak menjawab tugasan.
|
· Ungkapan Menarik : peribahasa,
pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan,
kata-kata hikmat, petikan hadis,
maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.
Bahagian B : Karangan umum [100 markah]
PERINGKAT / MARKAH
|
KRITERIA PENSKORAN
|
CEMERLANG
80 – 100
(90 – 100)
(80 – 89)
|
o Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.
o Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
o Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
o Ejaan dan tanda baca yang betul.
o Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis.
o Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
o Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
o Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
o Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai,
o Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
|
KEPUJIAN
66 – 79
(73 – 79)
(66 – 72)
|
o Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.
o Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
o Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
o Ejaan dan tanda baca yang betul.
o Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
o Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
o Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
o Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
o Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai,
o Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
|
BAIK
51 – 65
(58 – 65)
(51 – 57)
|
o Idea masih relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.
o Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
o Penggunaan kosa kata umum.
o Ejaan dan tanda baca masih betul.
o Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
o Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
o Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
o Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
o Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan masih sesuai,
o Wacana masih lengkap.
|
MEMUASKAN
36 – 50
(43 – 50)
(36 – 42)
|
o Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
o Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
o Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
o Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
o Ayat kurang gramatis.
o Laras bahasa kurang sesuai.
o Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
o Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
o Pengolahan kurang menarik.
o Wacana masih / kurang lengkap.
|
KURANG
MEMUASKAN
21 – 35
(28 – 35)
(21 – 27)
|
o Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
o Penggunaan kata kurang tepat.
o Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
o Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
o Unsur bahasa tidak bervariasi.
o Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.
o Pengolahan tidak menarik.
o Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak sembiang.
|
PENCAPAIAN
MINIMUM
01 – 20
(11 – 20)
(01 – 10)
|
o Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
o Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.
o Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
o Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.
o Pengolahan tidak menarik.
o Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang serta tidak sesuai.
o Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami
|
Bagi menambah maklumat dengan lebih banyak, anda boleh melihat slide power point yang telah ambil daripada bengkel SPM tahun 2009.
Bengkel Spm 2009
Karangan contoh :
TOPIK : PENGANGKUTAN AWAM
Tajuk : Langkah-langkah
untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan
awam.
Zaman beralih, musim
bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang
telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang
yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak
rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah
berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem
pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita
boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan
(LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai
warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang akan
menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah
diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistematiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses pelaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne yang penumpangnya hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur perjalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan penggunaan perkhidmatan KTM oleh rakyat di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kualiti pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan penumpang secara keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kualiti perkhidmatan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengangkutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk menambat semula keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.
Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluas dalam pengangkutan awam seperti komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terkini dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan bayaran yang minimum. Manifestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menggalakkan para penumpang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanamkan konsep yang mendalam dalam minda pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja didedahkan kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberikan kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam secara mendalam kepada mereka.
Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
[743 patah kata]
TOPIK : CIRI-CIRI
PELAJAR CEMERLANG / KUALITI
Tajuk : Ciri-ciri pelajar yang cemerlang.
Lebih separuh abad kita
menghela nafas kemerdekaan namun, remaja yang merupakan bakal tunjang negara
masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di
negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus
pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “Jika ingin melihat
masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno
pernah mengungkap, “Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya
gegarkan dunia.” Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti
dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.
Kecemerlangan dari aspek
akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk
melahirkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana
untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu,
remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas
tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik
melaluipelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di
dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk
mencapai kecemerlangan akademik Rakyat sihat, negara maju dan
akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat
dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan
pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu,
remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk
dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut
hati mati, ikut rasa binasa.
Walau bagaimanapun,
kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak
memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang berkualiti perlu
memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf
baru yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan
fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di
negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut
mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran,
bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial,
seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi.
Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Remaja
kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam
kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal
ini sangat bertepatan dengan slogan. Remaja yang sihat dan mempunyai jati
diri yang mapan baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan
negara.
Selain itu, remaja yang
berkualiti juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur.Remaja
kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, ibu
bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja
menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri. Selain
menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing
supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya
bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim,
mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai
aktiviti sukarela. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus
ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus
bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat
melahirkan masyarakat sakinah dan madani pada suatu hari nanti.
Sementelahan pula, remaja
yang berkualiti perlu kreatif dan inovatif untuk memacu
kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa
berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecapi kejayaan
yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat
yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baru akan menikmati buah kejayaan
yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani
berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu
bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika
anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan
rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong
dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai
bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya
menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan
kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.
Intihanya, Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal
menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara
sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara.
Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak
mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak
dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan
keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat
menempatkan diri sebagai modal insan yangcemerlang, gemilang dan terbilang.
[724 patah kata]
TOPIK : PERMAINAN
TRADISIONAL – USAHA-USAHA
Tajuk : Cara-cara
Mempopularkan Permainan Tradisional
Dasawarsa ini, negara
kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga negara kita
mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan
tradisional turut dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita
daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan
komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita.
Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam
peredaran zaman dan lenyap di bumi kita ini? Tepuk dada tanya selera dan
sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang
efisienuntuk meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita semula,
seperti peribahasa,di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. Oleh
itu, prakarsa untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk mengangkat martabat permainan
tradisional ini.
Sesungguhnya, Kempen
Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang
ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional ini di negara kita. Kempen
ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara
besar-besaran dengankerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan
media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan
perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan
tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain
memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang
ramai tentang kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara.
Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan
karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Bak kata
peribahasa, tak kenal maka tak cinta lantaran itu, golongan
muda pasti menghargai dan berminat terhadap permainan tradisional kita.
Selain itu, pihak
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menjadikan
permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan menubuhkan kelab
atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional
seperti Kelab Wau Bulan, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat
permainan, cara bermain dan syarat-syarat permainan. Setelah disuntik ilmu itu,
pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut.
Hakikatnya, generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk
kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Justeru, penglibatan
pelajar secara langsung dalam permainan tradisional pasti dapat memajukan
permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus
lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan maka atas komitmen pihak sekolah,
putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat
aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan
riadah yang sangat bermanfaat.
Sementelahan pula, pertandingan merupakan
inisiatif yang dominan untuk mempopularkan permainan tradisional dalam
masyarakat kita. Hal ini demikian kerana, sebagai fitrah manusia memang suka
bertanding dan berlaga. Seterusnya agensi-agensi kerajaan dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) seperti pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Kementerian Pelancongan Malaysia boleh bergabung dengan badan korporat
seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan
tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke
peringkat antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialahFestival
Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang
itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk
turut mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan
permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, sambil
menyelam minum air.
Sebagai
intiha bicara, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk
dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak
acuh danhanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti
akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, semua pihak perlulah
bersinergi untuk mempopularkan permainan tradisional ini agar dapat
dilestarikan sampai bila-bila dan menjadi satu alat permainan yang mesti
dimainkan oleh generasi pada masa akan datang.
[583 patah kata]
TOPIK : HUBUNGAN
KEKELUARGAAN YANG SEMAKIN RENGGANG – USAHA-
USAHA MERAPATKANNYA
Tajuk: Rencana ‐ Hubungan Kekeluargaan
Semakin Renggang (Kesan, faktor dan usaha)
Hubungan Kekeluargaan
Semakin Renggang
Oleh Zaidora Zahid
Pada era
pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami transformasi
daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang pesat
dan rancakpembangunannya. Dewasa ini, Malaysia mengorak langkah dalam
menyongsong arus kemajuan yang kian deras. Namun, sejajar dengan arus
pembangunan negara, perkara yangacap kali merimaskan masyarakat
sarwajagat ialah isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Dalam
keghairahan mengejar kebendaan dan kemewahan, hubungan kekeluargaan yang
semakin renggang mula berakar umbi sejak dahulu lagi. Keluarga boleh
ditakrifkan sebagai satu institusi yang terdiri daripada orang‐orang yang tersayang dan dikasihi
termasuk keturunan moyang yang sama. Keluarga boleh diklasifikasikan
kepada dua jenis, yakni keluarga nukleus dan keluarga besar. Keluarga nukleus
terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak serta adik. Keluarga besar pula
terdiri daripada keluarga nukleus, nenek, datuk, sepupu, mak cik, dan pak
cik. Mutakhir ini, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang dan
bobrokkian menggamit perhatian semua pihak.
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mampu menyumbang
kepada pelbagai impak negatif. Antara kesan daripada kemelut ini
ialah kegagalan ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati
antara ahli keluarga sendiri. Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang
dapat dilihat dengan ketara menerusi beberapa kejadian yang bobrok. Sebagai
contoh, keratan akhbar daripada Berita Harian pada 17 Julai 2005 melaporkan
bahawa seorang bapa bertindak mencabuli kehormatan dan merogol anak
perempuannya semasa ketiadaan orang lain di rumah. Kejadian sumbang mahram ini
merupakan satu insiden yang amat menyedihkan dam memalukan. Seandainya hubungan
kekeluargaan semakin renggang, ahli‐ahli
keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan saling bertukar
fikiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan
jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat. Oleh itu, ahli‐ahli keluarga tidak memahami antara satu
sama lain dan seterusnya konflik dan perselisihan faham mudah berlaku. Kejadian
ini akan mengakibatkan pergaduhan dan sekali gus ahli‐ahli keluarga bermusuhan sesama sendiri.
Di samping itu, hubungan
kekeluargaan yang semakin renggang turut menyumbang kepada masalah
pengabaian ahli‐ahli
keluarga khususnya golongan tua dan bayi. Penghantaran
golongan warga emas yang uzur dan pembuangan bayi yang masih belum mencecah
usia tiga bulan tidak lagi asing kepada masyarakat metropolitan khususnya di
Kuala Lumpur. Masyarakat moden pada hari ini beranggapan bahawa golongan warga
emas merupakan suatu beban yang menyusahkan mereka. Oleh itu, mereka bertindak
menghantar golongan ini khususnya ibu bapa mereka yang tua dan uzur ke rumah
orang tua‐tua.
Mereka langsung tidak memahami perasaan ibu bapa mereka yang terasa diabaikan
oleh cahaya mata sendiri. Selain itu, ada pula golongan ibu bapa yang masih
muda dan mentah pemikirannya bertindak membuang bayi mereka ke dalam tong
sampah mahupun meletakkannya di tepi jalan dan di kaki lima. Perbuatan yang
hina ini dipercayai dilakukan atas sebab ibu bapa tidak bersedia dan tidak
mampu untuk memikul tanggungjawab untuk membela seorang bayi. Angkara
mengabaikan ahli keluarga khususnya warga emas merupakan senario yang amat
memalukan. Oleh itu, isu ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua
pihak.
Peribahasa Melayu ada
mengatakan masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin yang bertiup. Tiada
pihak yang patut dipersalahkan melainkan ahli keluarga itu sendiri. Isu
hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian hangat diperdebatkan oleh
media massa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap ibu bapa yang
individualistik dan materialistik merupakan pemangkin utama kepada
kemelut ini. Dewasa ini, golongan ibu bapa taksub mengejar kebendaan dan
beranggapan bahawa kerjaya dan wang ringgit adalah lebih afdal daripada
keluarga sendiri. Mereka turut beranggapan bahawa kemewahan dan kerjaya
dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai status sosial mahupun kemampuan
individu dalam masyarakat. Anggapan ini adalah salah sama sekali kerana
keluarga merupakan aset paling berharga bagi semua insan di seantero marcapada.
Keluarga merupakan aset yang paling signifikan dan tidak dapat ditukar beli
dengan wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa yang lebih mementingkan
kerjaya semata‐mata
untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak‐anak mereka dan menggantikan kasih
sayang dengan sogokan wang ringgit. Anak‐anak
ini telah kehilangan satu wahana untuk bertukar fikiran dan pendapat dengan ibu
bapa mereka. Mereka bertindak mencari rakan sebaya dan meluahkan segala isi
hati kepada rakan yang dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik‐tolak dari sinilah, gejala sosial mula
berlaku dan menular tanpa mencapai titik noktahnya.
Isu ini yang diumpamakan
seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiruharuslah ditangani
dengan segera. Pelbagai langkah penyelesaian yang pragmatik, sistematik dan
konkrit haruslah diambil secara berterusan. Ahli keluarga haruslah lebih
banyak meluangkan masa untuk keluarga. Masa yang diperuntukkan pula
haruslah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Sebaik‐baiknya,
segala konflik atau masalah yang dihadapi oleh sesiapa sahaja dalam keluarga
itu hendaklah dibawa berbincang bersama-sama. Tambahan pula, ahli‐ahli keluarga pula seharusnya menjadikan
hari Ahad sebagai hari keluarga supaya ahli keluarga dapat bersama‐sama tanpa gangguan aktiviti lain
seperti mesyuarat dan aktiviti kokurikulum.
Selain itu, ahli‐ahli keluarga khususnya golongan remaja
haruslah didedahkan kepada didikan agama dan moral. Masyarakat kontemporari
acap kali memandang enteng mengenai didikan agama dan moral. Didikan agama dan
moral mampu membentuk jati diri dan hubungan kekeluargaan yang utuh. Melalui
pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (1989), subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama telah
diperkenalkan. Program ini bertujuan untuk menerapkan nilai‐nilai murni dalam jiwa pelajar khususnya
dalam menghargai dan mencintai keluarga. Namun demikian, pelajar mutakhir ini
hanya menganggap bahawa subjek‐subjek
ini lebih berorientasikan peperiksaan daripada ilmu praktikal. Dengan erti kata
yang lain, ilmu teori lebih diutamakan daripada ilmu praktikal. Jadi, pihak
sekolah dan pelajar haruslah berganding bahu sama ada dalam memberikan
kesedaran tentang kepentingan hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam
menghargai hubungan kekeluargaan agar pergolakan mahupun konflik tidak
ditimbulkan sesama ahli keluarga.
Sebagai intiha bicara,
komitmen yang jitu dan padu haruslah diberikan daripada semua pihak. Penerapan
nilai‐nilai murni mengenai hubungan
kekeluargaan dalam jiwa anak‐anak
muda haruslah dilakukan sejak dari usia yang muda lagi. Bak kata
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya yang
sepatutnya dijadikan azimat demi kebahagiaan sejati . Generasi muda khususnya
golongan muda haruslah diberikan kesedaran mengenai keperluan sebuah institusi
keluarga yang harmonis. Remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada
kepimpinan negara kelak. Merekalah bakal pemimpin dan akan mengetuai pucuk
pimpinan negara kelak. Tambahan pula, remaja haruslah melengkapkan diri dengan
lunas keluhuran moral supaya hubungan kekeluargaan yang erat dapat
dijalin. Sebelum nasi menjadi bubur,eloklah kita menjangkau
sehabis tangan dan menggembleng tenaga dalam membendung kemelut ini. Janganlah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dari segi
ekonomi tetapi muflis dari segi kebudayaan dan nilai-nilai murni. Namun
demikian, sekarang bukanlah masanya untuk menopang dagu dan menuding jari.
Misi dan visi rakyat jelata untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang tersohor dan terkemuka di seantero marcapada pasti bersifat
fatamorgana seandainya kemelut ini tidak dapat ditangani. Institusi keluarga
yang harmonis amatlah penting dalam melahirkan golongan pemimpin negara kelak.
Kejayaan seseorang individu bermula daripada institusi keluarga yang sempurna.
Pendek kata, segenap lapisan masyarakat di seluruh pelosok negara haruslah
berganding bahu dalam menangani kemelut hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jadikanlah “Rumahku
Syurgaku” sebagai tempat
terperciknyasinar kebahagiaan dalam kehidupan
seseorang. Jangan jadikan rumah sebagai lembah pergaduhan mahupun
pertelingkahan. Rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat yang gembira dan
bukannya sebagai satu tempat yang menimbulkan suasana yang tegang.
[1 122 patah kata]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan